08 April 2019

ISU TARIAN SEPARUH BOGEL - NORMAH DAMANHURI ENGGAN KOMEN, AKUI KELUARGA TAHU


"Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita. Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah. Saya tak nak komen lebih-lebih. Apa yang saya tahu, anak sudah selamat bernikah. Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu," demikian kata pelakon veteran Normah Damanhuri.





Normah enggan memberi komen ketika ditanya mengenai video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita berpakaian separuh bogel menari aksi lucah ketika membuat persembahan pada acara makan beradab di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahya Rosli di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, kelmarin.

Video tular itu dipercayai dimuatnaik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM dalam kalangan pengikut laman sosial di ruangan Instastory miliknya, kelmarin.

Pelakon veteran itu ketika dihubungi berkata, dia tahu apa yang berlaku dan segala pengisian di dalam majlis tempoh hari dipersetujui seluruh ahli keluarga.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ahya dalam satu kenyataan berkata, persembahan itu sekadar hiburan untuk tetamu pada majlis itu. Katanya, dia enggan melayan kutukan serta kritikan warganet kerana menganggap pengisian majlis itu adalah haknya sebagai tuan rumah.

Dia juga menganggap warganet yang mengecam tindakan pihaknya menjemput penari itu sebagai tiada kerja selain daripada mahu mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.

Untuk makluman, Ahya yang merupakan seorang model dan pelakon dan pasangannya, Shahirah Sanusi selamat bernikah pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: