26 April 2019

DINASIHATKAN DOKTOR JALANI PEMBEDAHAN - UYAINA AKUI CUBA TANGGUHKAN


Memberitahu dirinya dinasihati untuk melakukan pembedahan berkenaan masalah komplikasi jantung yang dihidapinya, pelakon dan personaliti TV, Uyaina Arshad berkata walaupun sudah dinasihati melakukan pembedahan, dia telah berbincang dengan doktor yang terlibat untuk cuba menangguh pembedahan itu.





"Sebenarnya saya kena buat pembedahan, doktor sudah menasihati saya untuk berbuat demikian, tapi saya cuba untuk menangguhnya.

"Saya telah berbincang dengan doktor untuk menangguhnya, jika saya lakukan sekarang, saya harus hentikan semua aktiviti seni buat sementara waktu. Alhamdulillah, keadaan jantung saya masih terkawal dan pembedahan itu masih boleh ditangguh," katanya.

Dalam pada itu, Uyaina mengatakan penjagaan kesihatan dan gaya hidup positif adalah perkara paling utama yang harus dititikberatkan olehnya.

"Walaupun saya ada mengambil ubat, tapi perkara yang paling penting adalah pemakanan dan gaya hidup saya setiap hari, saya juga harus sentiasa mengawal emosi sebaik mungkin," tambahnya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: