11 April 2019

"DUP DAP DUP DAP STANDBY... DOAKAN ROSMA YE SEMUA..." - KHAI AF


Menerusi entri yang dimuatnaik di laman Instagram beberapa jam yang lalu, penyanyi Khai AF memberitahu isterinya yang juga penyanyi dan juga bekas peserta AF Megastar pertama, Rosma bakal melahirkan anak ketiga mereka pada bila-bila masa.





Khai berharap moga urusan isterinya melahirkan anak mereka dipermudahkan: "Dup Dap Dup Dap Standby... 😊 Semoga dipermudahkan... InsyaAllah... Amin... 🤲 #KhaiRosma".

Manakala di entri terbaharu, Khai memberitahu bukaan sudah 6cm dan dia akui sangat gementar: "Doakan rosma ye semua... Semoga dipermudahkan. InsyaAllah... Amin... 🤲 Contraction dh kerap & dh buka 6-7cm dh ni. Ddy yg nebes nih, anak ketiga lagi nebes lak... 😬 #KhaiRosma #LabourRoom".

Klik untuk gambar besar


Melihat pada perkongsian itu, Khai memuatnaik videonya yang kini berada di dewan bersalin. Rata-rata peminatnya turut mendoakan agar proses bersalin Rosma selamat dan dipermudahkan.

Untuk makluman, Khai mendirikan rumah tangga dengan Rosma yang juga teman seangkatannya ketika menyertai Akademi Fantasia musim pertama pada 2008. Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4.










www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram @khai_rosma


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: