11 April 2019

ISU DIFITNAH 'KHALWAT' - FIZZ FAIRUZ BERI SEMINGGU MOHON MAAF ATAU SAMAN


Pelakon dan usahawan, Datuk Fizz Fairuz atau nama penuhnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, ketika dihubungi berkata, beliau kesal dengan fitnah tidak berasas disebarkan selepas seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian, baru-baru ini.





"Saya hairan juga dalam banyak artis yang dapat gelaran Datuk, kenapa asyik saya dikaitkan dengan cerita buruk? Apakah ada tertulis di dahi saya, perkara yang membabitkan maksiat, orang itu adalah saya dan cerita pun tersebar," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh satu minggu kepada pihak berkenaan yang menabur fitnah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Jika terus berdegil dan masih cuba menegakkan benang yang basah, tindakan undang-undang akan diteruskan," katanya.

Menurut pelakon drama Nur Kasih itu, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kerana berada di pihak yang benar.

"Apa yang membuatkan saya marah kerana pihak berkenaan (pemilik Instagram) memuatnaik foto untuk laporan berita itu. Sudahlah terang-terangan memfitnah tanpa usul periksa, suka-suka hati mengaitkan saya pada cerita yang memang tak betul.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada ibu bapa dan keluarga yang maruah mereka harus dijaga. Imej saya juga secara tidak langsung turut tercalar," tuturnya.

Katanya, dalam era teknologi maklumat masa kini memang makin ramai orang berlumba mahu menjadi yang pertama menyebar berita.

"Nak sebarkan berita boleh tetapi pastikan kesahihannya lebih dulu dan janganlah membuat fitnah pada orang lain," jelasnya.

Beliau turut mempersoalkan perbuatan menabur fitnah dilakukan itu adakah untuk mengejar popular atau mengumpul jumlah pengikut yang ramai?

Fizz mendedahkan, peguamnya sudah 70 peratus dapat mengenal pasti pihak berkenaan (pemilik Instagram) termasuk warganet yang meninggalkan komen mengaitkan dirinya.



Bagaimanapun, beliau mendakwa pemilik Instagram itu sudah memadam entri fitnah itu daripada ruangan 'Instagram Story' sejak 8 April lalu.

"Memandangkan saya masih ada pertimbangan, maka pihak berkenaan diberi ruang untuk membuat pertemuan dengan saya dan memohon maaf secara terbuka.

"Bagaimana caranya, terpulang pada mereka sama ada mahu hubungi saya atau menghantar mesej langsung (DM) di media sosial.

"Saya sedia bertemu sekiranya mereka mahu memohon maaf, namun jika sebaliknya biarlah undang-undang yang tentukan," katanya.

Katanya, sudah tiba masa untuk penabur fitnah dan seangkatannya diberi pengajaran menerusi tindakan undang-undang. Menurutnya, sekarang adalah masa bagi beliau menegakkan kebenaran untuk diri sendiri dan nama baik keluarga.

"Kalau sebelum ini, apa saja dikaitkan dengan saya dibiarkan kerana tidak mahu ambil pusing. Tetapi, mereka semakin melampau," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Fizz fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: