11 April 2019
CINTA BERTAUT KEMBALI - ERWIN & JULIA MAHU BAIKI DIRI & IKUT ARUS
Mengulas dakwaan dia dan bekas kekasih pelakon Erwin Dawson, 29, kembali menjalinkan hubungan cinta seperti diperkatakan ramai ketika ini, aktres meningkat naik, Julia Farhana Marin, 26, ketika ditemui mengesahkan dakwaan tersebut adalah benar.
"Memang kami sudah kembali bercinta tapi saya tidak mahu komen lebih-lebih kerana tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan. Buat masa ini, kami mahu perbaiki diri masing-masing dan hanya mengikut arus saja," katanya.
Menurut pelakon drama bersiri 'Salon' di NTV7 itu, dia juga meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dalam hubungan mereka. Mengulas perancangan berkahwin pula, kata Julia, ia masih belum diputuskan lagi.
"Kali ini, bukan saya yang bagi peluang sekali lagi pada Erwin atau sebaliknya tetapi lebih kepada saling menyokong antara satu sama lain. Ibu saya juga merestui hubungan cinta kami yang kembali terjalin ini. Saya juga mahu pihak media dan peminat lebih fokus pada perkembangan karier seni berbanding kisah cinta kami.
Klik untuk gambar besar
"Kami mahu mengutamakan perkara lain yang lebih penting terlebih dulu. Erwin juga merancang untuk menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci Makkah bersama ibunya pada September nanti," ujarnya.
Ditanya kemunculannya tampil sedondon bersama Erwin pada malam Anugerah Festival Drama Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) pula, kata Julia ia tidak dirancang dan secara kebetulan saja.
Dalam laporan terdahulu, Julia membuat kenyataan hubungannya dengan Erwin sudah putus kerana tiada persefahaman lagi sejak Disember tahun lalu. Julia juga memberitahu belum bersedia untuk berumah tangga dan mahu memberi fokus pada karier seni.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Erwin Dawson & Julia Farhana
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment