11 April 2019

"SAKIT TIDAK TERPERI" - RAS ADIBA TANGGUH BEDAH, PERLU MASA KUMPUL WANG


"Akhirnya. Dah tiba pada awal pagi. Leher, belakang dan tangan saya rebah kesakitan dan kejang. Kesakitan yang teramat. Tangisan dan esak saya tanpa henti, sakit tidak terperi. Tulang C3, C4 dan C5 saya sudah retak dan pecah.





"Sudah tiada bertahan lagi. Saya tiada daya lagi," demikian kongsi personaliti televisyen, Ras Adiba mengenai perkembangan terbaharu masalah kesihatan membabitkan tulang yang ditanggungnya selama ini mengundang sebak netizen.

Menurut Ras Adiba, 51, dia menangis tanpa henti kerana gagal menanggung kesakitan itu pada awal pagi Rabu. Dek kerana itu, rata-rata pengikut di laman sosialnya mendoakan agar Ras diberikan kekuatan dan cepat sembuh.

"Bertahan Dib. Saya tahu ia mudah untuk dikatakan daripada dilakukan. Tapi Allah tak akan menguji hambaNya lebih daripada yang mampu ditanggungnya. Doa saya sentiasa untuk awak.

"Semoga Allah meringankan kesakitan dan memberikan kesembuhan buat kak @rasadibaradzi yang tersayang. Banyakkan bersabar ya akak.

Klik untuk gambar besar


"Ya Allah... Ringan dan sembuhkanlah kesakitan adikku Ras Adiba Radzi," tulis beberapa orang pengikut ruang komen Instagram.

Ras Adiba yang berkongsi masalah yang dialaminya menerusi akaun Instagramnya itu ketika dihubungi berkata, rasa sakit itu muncul kira-kira jam 3 pagi tadi (semalam).

"Rasa sakit itu tiba-tiba muncul kira-kira jam 3 pagi tadi. Tahun lalu, memang doktor dah maklumkan kepada saya bahawa tulang C3, C4 dan C5 ada masalah dan perlu menjalani pembedahan. Namun, saya terpaksa tangguhkan pembedahan ini kerana perlukan masa untuk mengumpul wang.

"Daripada apa yang doktor beritahu pada pemeriksaan sebelum ini, tulang C5 saya dah merekah dan pecah. Saya yakin, inilah punca kenapa rasa sakit itu datang," jelasnya.



Ditanya sama ada dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan selepas sakitnya muncul kembali, Ras Adiba memaklumkan dia hanya berehat di rumah bersama keluarga.

"Saya ada di rumah dan hanya terbaring. Suami dan anak ada menjaga saya. Saya tak mampu bergerak kerana sakit yang teramat sangat," ujarnya.

Untuk makluman, kecederaan tulang belakang Ras Adiba berpunca daripada kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 1996 dan disahkan lumpuh separuh badan pada 2002.

Ras Adiba baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali di Masjid Jamel Al-Khadijah Kuala Lumpur pada 16 Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: