11 April 2019

LIANA ROSLI: "TAK ADA APA, MUNGKIN GERTAK JE... JANGANLAH JATUHKAN MELAYU"


Susulan kontroversi tarian separuh bogel di persandingan anak lelaki pelakon veteren terkenal, Normah Damanhuri iaitu aktor dan model Ahya Rosli dan pasangan, Shahirah Sanusi, ada netizen melancarkan kempen 'Boikot Keluarga Damanhuri'.





Menyedari pelancaran kempen boikot tersebut termasuk produknya, Liana Rosli berharap perkara itu tidak berlarutan kerana apa yang berlaku diluar kawalan dan tidak menyangka kontroversi berkenaan menjadi isu hangat netizen.

Dalam masa sama, Liana turut meminta agar netizen diluar sana tidak memboikot produknya kerana itu adalah sumber rezekinya untuk membesarkan anak-anak.

"Gara-gara tarian penari separuh bogel itu, ada yang nak lancarkan boikot terhadap produk jamu saya, tapi macam tak ada apa-apa pun. Saya rasa mungkin mereka hanya gertak sahaja kerana kasihan dekat saya.

Klik untuk gambar besar


"Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya nak besarkan anak-anak. Janganlah boikot-boikot. Kita sama-sama Melayu janganlah jatuhkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan," katanya.

Lebih dikenali sebagai Kak KM, pengasas produk jamu itu juga turut meminta agar netizen berhenti mengecam ibunya kerana bimbang ibunya akan jatuh sakit kerana tertekan.

"Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral maccam ni dia terkejut. Saya tak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia jatuh sakit kerana tertekan.



"Janganlah kecam mama lagi. Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tak sangka viral sampai macam itu," jelasnya.

Pada Isnin lalu, Normah tampil memohon maaf diatas insiden tarian bogel di majlis persandingan anak lelakinya, pelakon dan model Ahya Rosli dan pasangan, Shahirah Sanusi.

Jelasnya, tarian itu sepatutnya tarian berunsur traditional dan tidak menyangka lelaki menyerupai wanita muncul berpakaian separuh bogel dan membuat tarian lucah.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: