11 April 2019

BILA BELLA ASTILLAH JADI TEMPAT WANITA MENGADU MASALAH SUAMI CURANG


"Saya selalu sangat terima DM (direct message) macam ini. MasyaAllah saya tersentuh sangat dengan cerita-cerita mereka. Saya faham sangat macam mana mereka rasa. Minta maaf memang saya tak mampu untuk reply semua tapi saya baca mesej anda.





"Jadi, saya nak bagi cadangan untuk join seminar sebab saya pun sertai. InsyaAllah boleh bagi kekuatan pada kita semua," demikian kata Bella Astillah yang mendedahkan dia sering menerima mesej daripada wanita senasib dengannya yang berkongsikan masalah kecurangan suami mereka serta meminta nasihat ketika berdepan masalah rumah tangga menerusi InstaStory miliknya.

Meskipun ramai netizen kurang senang dengan tindakan Bella Astillah yang sebelum ini mendedahkan kisah pergolakan rumah tangganya di media sosial, namun ia sedikit sebanyak membuka mata wanita diluar sana dengan ketabahannya berdepan dengan ujian tersebut.

Klik untuk gambar besar


Pada tahun 2017, suami Bella, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pernah mengecewakan hati isterinya apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Namun kerana perasaan cinta dan sayang, Bella membuat keputusan untuk memaafkan suaminya.

Namun, bulan lalu, Aliff 'kantoi' sekali lagi dan didakwa curang berlaku curang bersama seorang pelakon baru, Oktavia Manrose.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: