10 April 2019

HELIKOPTER DI MV 'MENCUBA' - SUFIAN SUHAIMI NAFI ADA KAITAN KISAH LALU


"Babak menaiki helikopter itu tiada kaitan dengan kisah cinta lalu saya atau sebagainya. Sebaliknya, saya hanya menggunakan tajaan diberikan oleh sebuah syarikat penerbangan persendirian itu dengan sebaik mungkin. Babak terbabit ditambah bagi mencantikkan lagi video muzik.





"Terpulang kepada orang ramai untuk membuat andaian mereka sendiri apabila menonton babak akhir lagu 'Mencuba'. Secara peribadi, saya akui timbul kerisauan andai babak itu dijadikan isu besar dan menyinggung mana-mana pihak kerana sering dikatakan belum 'move on' daripada kegagalan kisah cinta lalu.

"Apa yang pasti, saya sudah menutup buku kisah lama," demikian jelas penyanyi Sufian Suhaimi yang menjelaskan babak menaiki helikopter dalam video muzik single terbarunya, 'Mencuba', tiada dalam perancangan awal pembikinan klip terbabit.

Dakwa Sufian, 26, perubahan pada saat akhir dibuat apabila mereka menerima tawaran tajaan daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian yang ingin terbabit sama dalam penghasilan video itu.

Klik untuk gambar besar


Bintang sensasi itu juga menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran tersendiri berhubung babak akhir dalam video muzik lagu berkenaan.

Sufian berkata demikian sewaktu mengulas babak akhir muzik video Mencuba, yang sehingga kini sudah ditonton hampir 1.3 juta kali sejak dikongsi di YouTube pada 3 April lalu.

Terdahulu, persembahan Sufian pada Anugerah Juara Lagu Ke-33, Februari lalu, menjadi buah mulut netizen apabila membawa pelamin ke pentas sebagai gimik. Bekas tunangnya, Elfira Loy, turut memberikan reaksi terhadap persembahan terbabit.



Kini, video muzik lagu terbarunya pula dikatakan masih mengaitkan kisah cinta lamanya yang tidak kesampaian dengan pelakon itu.

"Saya berterima kasih kepada mereka yang mengatakan saya bijak mengatur strategi untuk melariskan lagu kerana saya jarang mendapat pujian sebegitu.

"Saya sering dituduh belum boleh 'move on' (melupakan cerita lalu), sedangkan hakikatnya saya sudah membuang jauh kisah lampau," katanya.

Penyanyi lagu 'D Matamu' turut berkata, sehingga kini dirinya belum bertemu pengganti kerana fokus diberikan sepenuhnya kepada kerjaya seni.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: