10 April 2019

BUAT MRI: "DOAKAN... MOGA TAKDE APA YANG SERIUS" - JIHAN MUSE


Pelawak, pelakon dan pengacara Jihan Muse telah berkongsi sekeping gambar beliau sedang melakukan pemeriksaan MRI pada satu entri di laman Instagramnya. Jihan juga meminta maaf kepada pihak yang terlibat terutamanya yang berkaitan dengan urusan kerja.





"Allahumma inni as aluka al-'afiyah... Doakan result nya esok (hari ini). Moga takde apa yg serius. Maaf lah kpd pihak terlibat terutamanya utk urusan kerja, saya tak boleh bg 100% buat masa ni sebab kena berjaga2 sebelum kene jaga. #mri #sakitmakmak," tulisnya.

Setakat ini, belum ada apa-apa yang dikongsi oleh isteri kepada pelakon Ungku Hariz dan ibu kepada Ungku Arsalan Haq itu tentang keadaan dirinya. Namun ramai teman selebriti serta peminat turut mendoakan semoga dia kembali pulih.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Jihan Muse


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: