10 April 2019

DISALAH ANGGAP SOKONG PENARI SEPARUH BOGEL - CAPRICE TAMPIL JELASKAN


Dihujani mesej daripada netizen yang menyangka dia menyokong persembahan tarian separuh bogel dalam majlis perkahwinan anak dramatis veteran, Normah Damanhuri Sabtu lalu, penyanyi rap Caprice tampil menjelaskan kekeliruan itu muncul selepas kakak kepada pelakon dan model Ahya Rosli iaitu Liana Rosli membuat tagging pada InstaStory miliknya.





Bagaimanapun, Caprice, 31, menjelaskan dia sama sekali tidak menyokong aksi penari separuh boel pada majlis itu lebih-lebih lagi ia bertentangan dengan budaya masyarakat melayu dan Islam.

"Tiba-tiba ramai followers Kak KM puji dan DM (direct message) saya cakap fasal support. Saya pelik bila masa pula saya sokong? Rupa-rupanya mereka tersalah faham dengan mesej yang saya cuba sampaikan dalam video ulasan mengenai isu itu.

"Saya tak nak sesiapa salah faham atau menganggap saya setuju dengan apa yang dia lakukan. Saya sekerasnya menyatakan memang perkara begitu tak sesuai untuk majlis kahwin," katanya.

Terdahulu, Caprice memuatnaik paparan skrin Liana Rosli atau lebih popular dengan nama Kak KM yang tersalah anggap mesej disampaikan Caprice menerusi video di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Dalam video tersebut, Caprice menyindir persembahan separuh bogel semasa majlis resepsi Ahya dan pasanganya, Shahirah Sanusi.

Bercakap menggunakan bahasa Inggeris, Caprice menyatakan setiap individu mempunyai hak untuk mengadakan majlis mengikut kehendak masing-masing namun dalam masa sama dia menyatakan hany akad nikh yang wajib dalam Islam.

"Sebenarnya saya cuba menyindir mereka untuk beritahu seharusnya lebih berhati-hati untuk buat majlis. Tujuan saya untuk mereka berfikir. Sebenarnya saya memang tak sokong aksi menari seksi di majlis perkahwinan itu.

"Sebab perkara tu tak sesuai dengan budaya kita. Ada ramai budak-budak, orang tua dan saya sengaja selitkan mesej fasal kehidupan manusia yang sementara... tak sangka mereka boleh tersalah faham.



"Seram dan sedih tengok sebab ada budak kecil dan orang tua tapi buat tarian begitu. Bila buat majlis kita kena hati-hati dengan apa yang kita nak sampaikan. Sepatutnya mereka buat tarian macam tu dekat kelab malam," ujarnya.

Sabtu lalu, tular rakaman video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita dengan imej separuh bogel menari ketika majlis resepsi Ahya dan pasanganya.

Aksi tidak senonoh itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang dianggap tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, ibu kepada Ahya yang juga dramatis, Normah Damanhuri tampil memohon maaf di atas kekhilafan pihaknya berhubung hal tersebut.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Caprice


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: