10 April 2019

MASIH SUAMI ISTERI, TINGGAL SEBUMBUNG - SHEERA ISKANDAR BELUM SEDIA KONGSI


Ditanya mengenai spekulasi konon rumah tangganya dengan suami, Doul Harun, bergolak, pelakon Sheera Iskandar yang mengambil masa untuk menyusun kata, menjelaskan dia perlu berhati-hati kerana enggan kisah rumah tangganya menjadi topik bualan.





Sheera yang terkejut diajukan pertanyaan itu, meminta ibunya, Aznah Hamid menemaninya untuk mengulas khabar angin itu ketika ditemui Berita Harian di sebuah majlis, malam semalam.

Mengambil masa untuk menyusun kata, Sheera menjelaskan dia perlu berhati-hati kerana enggan kisah rumah tangganya menjadi topik bualan.

"Kami masih suami isteri dan tinggal sebumbung. Apa yang boleh saya katakan adalah kami masih mengenali hati budi masing-masing. Biarpun sudah berkahwin empat tahun, tempoh itu belum cukup lagi.

"Benarlah kata orang, bila tinggal sebumbung ini masih banyak yang dipelajari mengenai pasangan. Kami masih berkomunikasi seperti selalu, cuma biasalah rumah tangga ada pasang surutnya. Apabila tiba masanya kelak, pasti saya akan kongsi bersama umum. Buat masa ini saya tidak mahu membuat kenyataan," jelasnya.

Sheera berkata, sebarang masalah atau kemelut, akan cuba diselesaikannya.

"Apa yang pasti, ia tidak membabitkan orang ketiga atau anak. Insya-Allah semuanya akan dikongsikan apabila tiba masanya nanti," katanya.

Baru-baru, sisipan hiburan BH, B*POP melaporkan gosip rumah tangga Sheera dan Doul yang dikatakan berantakan. Ketika itu, Sheera mengunci mulut mengenai spekulasi yang timbul.

Untuk makluman, Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar mendirikan rumah tangga dengan Doul yang juga cef, pada Ogos 2015.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: