10 April 2019

ISMA AF: "KAU TENDANG TU KEPALA ANAK AKU, KAU INGAT BOLA KE?"


Menerusi laman Twitter, penyanyi Isma telah meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang remaja yang menendang kepala anaknya bertubi-tubi dalam satu perlawanan seni mempertahankan diri taekwondo baru-baru ini. Selain geram, Isma secara sinisnya ingin berkenalan dengan individu terbabit.





"Kau tendang tu kepala anak aku, kau bagi masa dia jalan keluar tak melawan... belakang kepala kau bagi. Kau ingat kepala anak aku bola ke? Rasa nak berkenalanlah dengan yang rembat kepala anak aku dari belakang ni," kata Isma.

Terdahulu, anak lelaki Isma, Haiqal Aydiel berkongsi sepotong video menerusi akaun Twitternya aksi perlawanan tersebut yang berlangsung di universiti awam di Shah Alam.

Klik untuk gambar besar


"Geng mama saya nak cari lelaki yang rembat kepala saya ni. Katanya yang boleh rembat anak aku, aku ja," tulis Haiqal dalam status berkenaan sambil tertawa.

Dalam kemaskini terbaharu di Instagram Stories, Haiqal difahamkan telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan universiti terbabit.


KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak, Twitter Isma & Haiqal Aydiel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: