10 April 2019

FOTO BERSAMA NELYDIA & SUAMI - OKTOVIA DISINDIR JANGAN 'SAILANG'


Meskipun sudah sebulan kontroversi yang melanda antara aktres Oktovia Manrose dengan suami Bella Astillah iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu, namun sehingga kini nampaknya masih belum dapat dilupakan.





Ini kerana, masih ada lagi netizen yang memandang negatif kepada Oktovia dan masih terus mengungkit dan memperkatakan isu beliau mengganggu rumah tangga orang lain.

Terbaru, Oktovia menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik foto bersama pengantin baru, pelakon Nelydia Senrose dan suaminya. Menerusi perkongsiannya itu, Oktovia meluahkan rasa gembira Nelydia sudah pun selamat bergelar isteri kepada Mohd Hafez Halimi.

Bagaimanpun, gambar yang dikongsikan itu mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen meninggalkan komen sindiran dan tidak kurang juga ada segelintir netizen memberi amaran kepadanya untuk tidak 'sailang' suami sepupunya itu.

Klik untuk gambar besar


Malah ada yang meminta agar pelakon drama 'Encik Imam Exspres' dan Cinta Tiada Ganti itu berhati-hati kerana bimbang suaminya pula akan 'diganggu'.

Meskipun banyak komen-komen negatif, namun ada netizen mengatakan tidak perlu lagi disebut tentang perkara yang lalu kerana setiap orang melakukan kesilapan dan adalah lebih baik jika kita perbetulkan hidup sendiri terlebih dahulu.

Bila dihimpit kontroversi, memang bukan mudah untuk membersihkan nama, orang akan terus bercakap. Namun, manusia itu tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Adakah diri kita sendiri sudah cukup baik sehingga boleh sindir orang lain berterusan begitu?






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Oktovia Manrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: