10 April 2019

EMMA MAEMBONG: "AGAMA TAK AJAR UNTUK TEGUR DENGAN CARA KASAR"


"Jika kita buat silap dan dihukum sampai bila-bila, kita akan selamanya di situ dan takkan ke depan. Jadi, apa yang penting apabila buat silap, kita belajar. Saya terima setiap teguran.





"Namun, komen kasar dan jahat, saya biarkan saja di situ," demikian kata pelakon Emma Maembong yang memberitahu sudah sampai masa untuknya 'move on' dan abaikan kata-kata nista netizen.

Sejak membuka tudung dua bulan lalu, apa sahaja yang dimuatnaik oleh pelakon 'Awak Suka Saya Tak?' dan 'Kimchi Untuk Awak' itu pasti dikecam ramai.

Tambah Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, sebagai seorang Muslim mereka sepatutnya lebih tahu bagaimana cara untuk menegur Muslim lain dengan baik dan bukannya menggunakan kata-kata kesat mengenai kesalahannya.

Klik untuk gambar besar


"Biar netizen lain tengok. Mereka bukan nasihat saya, tapi itu buli siber. Mereka yang menasihati bab agama sepatutnya tahu cara terbaik untuk melakukannya. Agama kita tidak mengajar untuk menegur dengan cara kasar.

"Jadi, cara mereka itu salah dan dapat dosa juga. Ia bukan cara terbaik untuk menegur orang. Bagi saya, tegur kena ada caranya. Saya dengar setiap teguran dan saya berterima kasih kerana menegur. Saya tahu, kalau yang menegur itu dia ambil berat mengenai saya," jelasnya.

Sebelum ini, Emma memberitahu biarpun saban hari dikecam netizen namun rezeki tawaran kariernya tetap berjalan dengan baik, malah bertambah sejak kontroversi yang menimpa dirinya.



Dalam masa sama, Emma yang baru pulang dari mengerjakan umrah sempena hari jadinya pada 27 Mac lalu, ditanya mengenai hubungannya dengan lelaki dikenali sebagai Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dan memberitahu dia selesa mengunci mulut: "Saya solo lah".

Terdahulu, kecoh apabila Emma yang sudah lima tahun berhijab membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan mengakui imannya belum cukup kuat untuk terus istiqamah menutup aurat.

Bagaimanapun, Emma memberitahu tindakannya itu tidak pun menjejaskan kariernya. Sebaliknya, rezeki beliau semakin murah dan menerima banyak tawaran lakonan.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Instagram Emma Maembong & @emanizers


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: