11 April 2019

29 FOTO - SAMBUTAN HARI LAHIR ANAK ASHRAF MUSLIM, SARAH YANG KE-5


Pelakon Ashraf Muslim atau nama penuhnya Mohd Ashraf Muslim baru-baru ini telah menyambut hari kelahiran anak perempuan sulungnya iaitu Sarah Ashraf yang ke-5 tahun.





Sekitar majlis yang turut dihadiri kedua-dua isteri Ashraf, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Saburi itu telah dikongsikan menerusi laman Instagram pelakon yang berasal dari Teluk Mas, Melaka ini. Walaupun, majlis hari lahir tersebut di sambut secara kecil-kecilan namun ia tetap kelihatan meriah dan ceria.

Untuk makluman, Ashraf mempunyai dua orang isteri iaitu Dayana (isteri pertama) dan Sakinah (isteri kedua). Hasil perkahwinan bersama Dayana pada 2011, mereka dikurniakan anak lelaki, Anas Ashraf yang dilahirkan pada 10 Disember 2015.

Manakala dengan Sakinah yang dinikahnya pada 2013 itu pula, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf (5 April 2014), Adam Ashraf, (14 September 2015) dan Safiyyah Ashraf (3 September 2018).

Klik untuk gambar besar

























































www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: