26 April 2019

"I DAH BAYAR LEBIH..... TUP TUP I KENA BLACKLISTED!" - DIANA DANIELLE


Menerusi laman Instagram, pelakon Datin Diana Danielle telah memuatnaik kenyataan dimana beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tetap menyenaraihitamkan namanya walaupun sudah melangsaikan hutang cukai tertunggak.





Isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil itu mendedahkan yang beliau dikenakan cukai sebanyak RM350,000 beberapa tahun lalu namun berjaya mengurangkan jumlah itu hasil rundingan bersama LHDN kepada RM150,000.

Diana telah beberapa kali membayar dalam jumlah besar kepada pihak LHDN setiap kali beliau ingin ke luar negara termasuk bayaran berjumlah RM70,000 dan RM50,000 — dan mendakwa sudah melangsaikan jumlah RM150,000.

Namun selepas semakan semula dibuat oleh pihak akauntan peribadi beliau, Diana sebenarnya hanya berhutang RM30,000 pada LHDN dan sudah memaklumkan kepada pihak tersebut untuk memulangkan lebih RM100,000 yang sudah dibayar.

"I dah hantar letter on Monday asking why, sampai harini I masih tak dapat reason for this. Persoalannya, kenapa lama sangat nak refund tapi cepat sangat nak blacklist sampai kita semua terkejut and tak faham kenapa. Mana budi bicara yg sinonim dgn mereka?," tulis ibu kepada dua cahaya mata ini.

Klik untuk gambar besar


Diana dalam kenyataan sama menafikan laporan akhbar yang berkata beliau masih berhutang RM350,000 kepada pihak LHDN dan menganggap isunya sudah selesai.

"Saya dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak. Saya dah tak mahu layan," katanya mengenai ketidakpuasan hati apabila namanya disenarai hitam LHDN.

Diana ketika dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai setiap luahan kekesalannya terhadap LHDN di Instagram Story, baru-baru ini: "No komen. Semua saya dah luahkan di laman Instagram".

Sebelum ini, Diana meluahkan rasa tidak puas hati di akaun Instagram miliknya terhadap tindakan LHDN yang didakwa mengenakan sekatan ke luar negara akibat mempunyai tunggakan cukai pendapatannya dianggarkan sebanyak RM350,000.



Pelakon yang popular dengan watak antagonis dalam drama 'Raisha' itu melalui hantaran Instagram Story mendakwa LHDN tidak berhak meminta dia membayar tunggakan cukai pendapatan itu sehingga agensi terbabit membayar 'hutang' sebanyak RM100,000 kepadanya yang dituntut sejak setahun lalu.

Menerusi hantaran itu, Diana mendakwa dia diminta membayar RM350,000 oleh LHDN sedangkan dia belum mengemukakan sebarang dokumen.

Bagaimanapun, hasil perbincangan Diana bersama LHDN menyebabkan jumlah itu dikurangkan kepada RM150,000. Malah, dia mendakwa LHDN memintanya membayar secara ansuran sebanyak RM11,000 setiap bulan.

Diana memaklumkan dia hanya mengetahui dirinya dikenakan sekatan ke luar negara ketika mahu ke Jepun atas urusan kerja, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia diminta membuat bayaran 'upfront' sebanyak RM70,000 terlebih dulu bagi membolehkan dirinya dibenarkan ke luar negara.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: