26 April 2019

JATUH MOTOSIKAL KETIKA ADAKAN LATIHAN - BLACK ALAMI PATAH TANGAN


Baru-baru ini, penyanyi popular Black Hanifah, 32, telah terbabit dalam kemalangan ketika mengadakan latihan menunggang motosikal lasak di Petaling Jaya, dan mengalami patah tangan kiri.





Black ketika ditemui berkata, itu kali pertama dia terbabit dalam kemalangan dan mengalami kecederaan sedemikian.

Ketika kejadian, Black sedang berlatih di trek baru motosikal lasak dalam acara anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Motosikal Lasak Malaysia.

"Ketika melompat dari tanjakan, motosikal yang saya tunggang hilang kawalan menyebabkan saya terjatuh," katanya.

Menurut penyanyi lagu 'Pok Pet' ini, dia dibawa ke hospital dan doktor menyarankan supaya dia menjalani pembedahan.

Klik untuk gambar besar


"Namun, saya minta untuk melakukan rawatan tradisional terlebih dahulu. Alhamdulillah, selepas empat hari, saya dapat lihat keadaan tangan saya beransur baik dan bengkaknya pun semakin berkurangan.

"Insya-Allah, dalam masa dua minggu hingga sebulan, saya sudah boleh tanggalkan anduh yang saya pakai sekarang," jelasnya.

Black berkata, walaupun terpaksa memakai anduh, itu tidak menjejaskan jadual kerjanya kerana dia masih boleh membuat persembahan.

Black mula aktif dalam sukan permotoran lasak ini sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan rakannya yang juga pelawak, Achey Bocey.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: