26 April 2019

ENGGAN BERKAWAN LAMA, SEDIA BERKAHWIN - AIN EDRUCE NAK '20 ORANG ANAK'


"Kami pun tak mahu berkawan lama-lama... lagi pun saya sudah 28 tahun, ianya masa yang ideal untuk berkahwin. Saya nak anak 20 orang jadi masa itu sudah cantik," demikian kata pelakon dan pengacara Ain Endruce.





Ain memberitahu dia tidak mahu berkawan terlalu lama dan sudah bersedia untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Amirul Hafiz. Menurut Ain, usianya yang kini menjangkau 28 tahun merupakan masa terbaik untuk mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Ain berkongsi foto dirisik Amirul pada 18 April lalu. Bercerita lanjut, Ain berkata, dia sebenarnya sudah mengenali kekasih hatinya itu sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak berkongsi foto teman lelaki di laman Instagram kerana bimbang hubungan tidak kesampaian.

Klik untuk gambar besar


"Ramai juga rakan-rakan yang terkejut bila saya merisik tempoh hari. Kami sebenarnya sudah berkenalan satu tahun... bukan tak mahu berkongsi bersama peminat cuma saya enggan kecoh mengenai hubungan kami.

"Tapi saya ada sahaja berkongsi Amirul di laman Youtube saya dan peminat suka lihat keserasian antara kami dan mereka tak sabar tunggu kami berkahwin," jelasnya.

Ketika disoal sekiranya 'saham jatuh' selepas dirisik, Ain sebaliknya memberitahu rezekinya semakin mencurah-curah kebelakangan ini.

"Mungkin sesetengah fikir bila kita sudah berpunya, 'market' tu akan jatuh. Tapi bagi saya pula, saya anggap itu sebagai rezeki.



"Sejujurnya, sebaik sahaja saya merancang untuk merisik, Alhamdulillah rezeki saya banyak yang masuk. Saya rasa tak sabar nak kahwin!" tuturnya yang serasi ketika bersama Amirul.

Sementara itu, menjawab mengenai dakwaan netizen yang mempersoalkan wajah kekasihnya tidak kacak, Ain punya jawapan tersendiri.

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa kalau orang rasa Amirul tidak kacak, itu pendapat mereka. Tapi untuk saya mencari lelaki-lelaki yang handsome ni, ianya terlalu fizikal untuk saya. Saya tak pernah percaya lelaki seperti itu.

"Saya memang jenis akan kenal hati dahulu kemudiam baru yang lain. Sebab saya nak cari orang yang bertanggungjawab, bukan yang handsome. Muka sahaja tak bawa kemana-mana," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ain Edruce


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: