15 April 2019

ISU LAN: "BUKAN PERKARA BESAR... IG, FB SEPERTI ITU DAJJAL KECIL" - CHE TA


Menyifatkan laman sosial seperti Instagram dan Facebook ibarat dajjal kecil dalam menyebarkan fitnah, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, 46 itu berkata insiden yang menimpa adik iparnya, pelawak Lan Pet Pet merupakan fitnah besar yang ditimbulkan pihak tertentu.





"Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat sahaja buat dekat Johor sekarang. Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil.

"Perkara seperti ini kalau kita tak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah," ujarnya ketika ditemui pada majlis koleksi Lebaran dan pelancaran lagu raya E1 Band di Publika pada Ahad.

Che Ta berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes yang mengaitkan nama Lan Pet Pet yang dikatakan membelasah dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan berbaur sindiran yang dilemparkan terhadap seorang pereka fesyen sebelum ini, Che Ta menjelaskan ia merupakan suatu gurauan untuk melawak.

"Sebelum ini dia pernah perli, artis sibuk nak jadi pereka fesyen. Jadi bila saya dengar dia pula nak jadi penyanyi, saya hanya gurau-gurau manja. Ayat saya 'tercekik sudu' tidaklah keras sangat. Saya hanya nak buat kelakar sahaja.

"Hubungan kami sangat baik, saya siap tempah baju tiga pasang dengan Ezuwan. Tak tahu la kalau dibelakang dia mengata saya. Sejujurnya, saya suka lagu semalam sahaja dan video klik dia pun cantik," tuturnya.

Terdahulu, Che Ta mengkritik suara seorang pereka fesyen, Ezuwan Ismail seperti 'tercekik sudu' apabila beranggapan penyanyi itu tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: