15 April 2019

BUKA BAJU DALAM MV 'DONDE' - ANDI BERNADEE TIADA NIAT CETUS ISU


"Sebenarnya saya pun tidak mahu fikir sangat cakap-cakap orang mengenai babak itu. Cukup saya cakap ia adalah sebahagian daripada jalan cerita konsep muzik video 'Donde'. Sebenarnya babak itu diwujudkan untuk menggambarkan bahawa orang kurang siuman akan buat apa saja. Jadi, itulah antara imaginasi mengenainya yang kemudian diterjemahkan kepada babak itu.





"Bagi saya, perkara ini bukan isu besar walaupun ramai mungkin beranggapan babak itu terlalu seksi," kata penyanyi Andi Bernadee yang menjelaskan babaknya tidak berbaju dalam tab mandi di muzik video lagu terbarunya berjudul 'Donde' bukan bertujuan mahu mencetus sebarang isu dan menyentuh sensitiviti ramai.

Andi, 28, berkata, babak itu gambaran daripada jalan cerita mengenai konsep lagu terbabit mengenai perasaan seorang lelaki kurang siuman. Dalam pada itu, Andi juga mengakui sangat teruja apabila lagunya mendapat reaksi luar biasa daripada pendengar di luar Malaysia. Dia tidak menyangka ramai pengulas video di YouTube memberi pendapat mereka.

"Memang tidak sangka apabila pendengar dari Amerika Syarikat, Brazil, India dan beberapa negara lain mengulas muzik video lagu itu. Saya sangat gembira apabila matlamat menjadikan Donde sebagai lagu ‘universal’ tercapai. Saya mahu mereka ambil tahu lagu Malaysia juga menarik walaupun tak faham liriknya," tuturnya.

Bagaimanapun, Andi reda apabila ia gagal memintas muzik video BLACKPINK, 'Kill This Love' untuk menjadi 'trending' di YouTube: "Mana mungkin saya mampu memintas kumpulan antarabangsa yang sangat popular di seluruh dunia itu?".

Sejak dilancarkan beberapa hari lalu, muzik video 'Donde' berjaya mendapat tontonan lebih 1.2 juta setakat ini. Lagu berkenaan turut menduduki 'trending' nombor dua di platform muzik berkenaan.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: