12 April 2019

KALAU KELUARGA RESTU, BERJALAN LANCAR - ZAHIRAH & AIMAN AKAN BERTUNANG


Memberi bayangan dia dan kekasihnya, Aiman Hakim Ridza bakal mengikat tali pertunangan selepas penggambaran MegaDrama 'Curi-Curi Cinta', pelakon Zahirah Macwilson, 24, bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian mengenai khabar gembira itu disebabkan komitmen kerja yang masih belum selesai.





"Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk fasa seterusnya, iaitu bertunang. Buat masa ini, belum ada perbincangan secara terperici mengenai itu, tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya.

"Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ni semua InsyaAllah selepas itu kita tengok macam mana," katanya.

Bercerita lanjut mengenai personaliti kekasihnya itu, Zahirah berkata dia tidak berasa kekok meskipun digandingkan untuk berlakon sama.

"Berlakon dengan Aiman sangat mudah, keserasian antara kami memang dah ada, dia juga seorang yang bijak jadi mudah untuk kami duduk dan berbincang. Sebenarnya lebih mudah untuk kami bekerja bersama.

Klik untuk gambar besar


"Tiada rasa janggal untuk berlakon bersama walaupun dia teman lelaki saya. Dia profesional. Aiman juga bukan seorang yang cemburu atau jenis yang kuat kongkong," ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang melanda dia dan Aiman kerana dilihat secara terbuka memaparkan kemesraan hingga mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, Zahirah punyai jawapan tersendiri.

"Saya faham kalau ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kemesraan antara saya dan Aiman. Realitinya, kami bukanlah jenis yang berkepit. Kami masih menghormati orang disekeliling," tuturnya.

Untuk info, Zahirah dan Aiman kini sibuk menjalani penggambaran MegaDrama 'Curi-Curi Cinta' sebanyak 28 episod dan bakal menemui penonton 29 April ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: