12 April 2019

GARA-GARA TIADA SAMBUTAN - UMRAH BERSAMA LAN PET PET DITUNDA


Isu pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas dengan menumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang sebelum ini kecoh di media sosial sejak minggu lalu.





Pelbagai spekulasi mula timbul mengaitkan nama Lan Pet Pen dalam insiden tersebut. Susulan itu, netizen mula mengecam beliau dan pada masa yang sama turut menggesa syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah bersama Lan untuk membatalkan kolaborasi mereka dengan artis tersebut.

Terbaru, pengarah agensi pelancongan Ambar Travel & Tours, Nor Aishah Idris berkata pihak mereka terpaksa menunda pakej umrah itu kerana tidak mendapat sambutan.

Klik untuk gambar besar


"Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri. Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan sendiri gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.

"Untuk pengetahuan semua, Lan Pet Pet bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat kami. Mengikut perjanjian dan beberapa syarat yang ditetapkan, sekiranya Lan berjaya melaksanakan trip tersebut, baru dia dilantik menjadi duta.

Tambah Aishah, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada Lan mengenai kes melibatkan pelawak yang viral itu, namun mereka berlapang dada dan tiada niat untuk membesarkan isu tersebut.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Beautifulnara & Instagram Lan Pet Pet


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: