12 April 2019

PEGANG PERUT MONA ALLEN - PEKIN IBRAHIM BERI 'HINT' ISTERI HAMIL?


Menerusi laman Instagram, pelakon Pekim Ibrahim telah memuatnaik foto sedang menikmati percutian bersama isterinya, aktres Mona Allen. Apa yang menarik perhatian ramai apabila foto kandid Pekin sedang memegang perut isteri tercinta, malah kapsyennya yang tertulis "caption this 😘" di foto berkenaan juga seakan memberikan sesuatu bayangan.





Ramai pula yang meneka mungkin juga Mona sudah berbadan dua. Sejak semalam, ruangan komen di foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan tersebut. Bagaimanapun, setakat ini Pekin dan Mona belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Namun, jika berita ini benar... kami ucapkan tahniah kepada mereka dan semoga segalanya dipermudahkan. Untuk makluman, pasangan ini berkahwin pada Disember tahun lalu dalam sebua majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Pekin Ibrahim, Mona Allen & @faa.photography


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: