12 April 2019
VIDEO UCAPAN BUAT ISTERI - HAIRUL DIANGGAP TAK HORMAT, DIMINTA BUANG
Pelakon Azreen menerusi laman Instagram dan Twitter semalam telah memuatnaik satu video ucapan buat isteri tercintanya, aktres Hanis Zalikha dan mendapat perhatian.
Walaupun ada yang mendakwa video ucapan tersebut kelakar, namun bagi sesetengah netizen beranggapan video itu seperti tidak menghormati isterinya yang kini sedang hamil anak kedua.
Dalam video itu, Hairul mengucapkan: "Ayang, I shooting dulu, ayang jaga anak kita ya. I habis shooting, kita buat anak yang ketiga" sebelum menari bersama teman-teman di belakangnya.
Klik untuk gambar besar
Ada yang mendakwa tidak tahu apa yang kelakar dengan video tersebut dan ia hanya memalukan isterinya kerana ia dibuat di hadapan orang lain. Hairul bagaimanapun masih belum memberi reaksi terhadap komen-komen Netizen.
Hairul sedang berlakon sebuah filem berjudul 'Wira'. Ia adalah filem kedua hasil arahan Adrian Teh dan diterbitkan oleh Keoh Ang, yang sebelum ini menghasilkan 'Paskal The Movie'.
ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber, foto & video: Beautifulnara, Instagram Hairul Azreen & Hanis Zalikha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment