12 April 2019
UJIAN MRI: "DISAHKAN TERSELIUH & PINGGANG TERKEHEL" - JIHAN JALANI FISIOTERAPI
"Saya disahkan terseliuh dan pinggang saya terkehel. Sebenarnya sakit ini sudah lama, saya ingatkan disebabkan selepas bersalin jadi saya biarkan saja. Cuma sejak akhir-akhir ini sakit itu menjadi-jadi dan mengganggu tidur saya. Saya jadi tak sedap hati, takut ada masalah slip disc. Jadi saya lakukan ujian MRI.
"Keputusannya bukanlah slip disc dan saya dinasihati doktor untuk berehat, makan ubat dan perlu menjalani rawatan fisioterapi mulai pagi esok (hari ini)," jelasnya pelawak dan pengacara, Jihan Muse yang mendedahkan dia perlu menjalani rawatan fisioterapi selama beberapa minggu bagi merawat masalah pinggang terkehel.
Kata Jihan, puncanya melakukan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) baru-baru ini disebabkan simptom kesakitan pada bahagian pinggangnya yang semakin teruk sejak akhir-akhir ini.
Jihan yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Starvilion di Royal Palace, Shah Alam hari ini memberitahu punca kesakitan itu berkemungkinan kerana terlalu lasak bekerja.
Klik untuk gambar besar
"Mungkin pinggang saya tergeliat secara tidak sedar. Saya mulai sakit selepas bersalin, secara logiknya kerana bayi saya terlalu besar, badan baru nak serasi dan saya sendiri kurang menitik beratkan soal penjagaan diri seperti memakan jamu.
"Tambahan pula, seingat saya tak pernah pula terjatuh atau angkat barang berat. Saya pun risau juga kerana anak saya sekarang tengah lasak dan sedang aktif bekerja. Mungkin disebabkan terlalu penat," tambahnya.
Dek masalah kesihatan yang dialaminya, Jihan terpaksa akur tidak dapat melakukan gimik berlari-lari ketika pertunjukan koleksinya bersama Starvilion petang semalam.
Malah, pengurusannya juga terpaksa memaklumkan kepada pihak tertentu yang berkait dengan komitmen kerja sepanjang dua minggu ini.
"Buat masa ini sepanjang tempoh dua minggu banyak komitmen kerja saya terpaksa dibatalkan. Mujur mereka boleh bertoleransi," ujarnya.
Beberapa hari lalu, Jihan mencetuskan tanda tanya apabila memuatnaik sekeping foto melakukan pengimejan resonans magnetik (MRI) di sebuah pusat perubatan swasta.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Jihan Muse
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment