12 April 2019

TAHNIAH - KHAI & ROSMA SELAMAT TIMANG ANAK KETIGA, PEREMPUAN


Pada jam 1.48 petang semalam, penyanyi Rosma AF1 (Akademi Fantasia musim pertama), selamat melahirkan anak ketiga yang merupakan bayi perempuan diberi nama Nur Alya Dhania. Berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, Khai yang juga AF1, menerusi akaun Instagram (IG) milik mereka bersama.





"Good Morning Semua... Syukur Alhamdullillah... Anak perempuan kami "Nur Alya Dhania" selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48pm berat 2.8kg.

"Terima kasih buat doktor noraini & pembantu semua di hospital azzahrah bangi diatas layanan & bantuan semua. Terima kasih juga diatas doa2 kalian semua famili, sedara mara, sahabat2 & rakan2 di FB & iG kami. 🤲 #TerimaKasihSemua

Klik untuk gambar besar


"Dalam bln April ada 3 tarikh penting buat saya. 11April (Harijadi Dhania), 16April (Harijadi Rosma) & 26April (Anniversary kami) 😍🤩 #ThankYouYaAllah #Alhamdullillah #Allahuakbar #KhaiRosma #BabyGirl," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Khai memuatnaik foto bayinya yang comel di hospital. Rata-rata peminatnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kedua-dua ibu dan bayi terus sihat.

Untuk makluman, Khai mendirikan rumah tangga dengan Rosma pada 2008 dan telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @khai_rosma


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: