25 April 2019
KEMENTERIAN BELIA & SUKAN BAWA BTS TAHUN 2020 - SHARNAAZ TAK SETUJU
Disaat ini pasti peminat K-Pop terutama 'ARMY' (nama bagi peminat BTS) yang tersenyum gembira apabila mengetahui tentang perkhabaran dimana Kementerian Belia Sukan kini dalam usaha untuk membawa masuk kumpulan K-Pop popular, BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Bagaimanapun, lain pula reaksi pelakon Sharnaaz Ahamad yang tidak bersetuju dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu.
Menerusi Insta Story, Sharnaaz mengatakan jika dia diberi peluang untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan, dia akan membawa kumpulan rock terkenal dunia seperti Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold, Disturbed dan bukannya kumpulan K-pop.
"Kalau aku jadi Menteri Belia, pertama sekali aku bawa masuk Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold, Disturbed.. Ni Apa? K-Pop? Mak hang!," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Sharnaaz itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan pelakon itu tidak memahami apa yang diminati oleh anak muda zaman sekarang.
Kata netizen lagi, meksipun mereka tidak meminati kumpulan BTS namun perlu diakui bahawa zaman sudah berubah dan kumpulan rosk popular yang disebut oleh Sharnaaz itu sudah sepuluh tahun berlalu.
Difahamkan, usaha untuk membawa masuk BTS ke Malaysia turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.
"Saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan," katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment