25 April 2019

ISTERI SELAMAT BERSALIN - NABIL AHMAD TIMANG ANAK KETIGA, PEREMPUAN


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad apabila isterinya, Zira Ayub selamat melahirkan anak ketiga mereka yang merupakan perempuan kira-kira jam 1 tengah hari semalam di sebuah pusat perubatan di Damansara.





Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram MeleTop, Nabil dan Zira. Nampaknya, Nabil sudah ada tiga anak dara. Semuanya comel.

Bagaimanapun, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna itu masih belum mendedahkan nama yang bakal diberikan kepada anak mereka yang baru lahir itu.

Tentunya kehadiran cahaya mata baru ini akan memeriahkan lagi rumahtangga Nabil dan isteri. Semoga si comel pipi merah ini akan membesar dengan sihat dan sejahtera.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram MeleTop, Nabil Ahmad & Zira Ayub


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: