25 April 2019

KAKA AZRAFF AKUI HUBUNGAN TAK RAPAT SEJAK BERCINTA DENGAN SUAMI


"Sebenarnya isu ini sudah lama. Hubungan saya dengan Juliana sudah lama tidak baik. Sejak saya bercinta dengan Adam lagi. Saya tak tahu apa yang dia marah. Tapi kalau ikutkan, suami dia yang kenalkan saya dengan Adam. Tapi bila saya mula bercinta dengan Adam, mereka seakan tidak suka.





"Sejak itu, kami sudah tidak lagi berkawan," demikian kata penyanyi Kaka Azraff yang menjawab spekulasi hubungannya dengan pelakon Che Puan Juliana Evans dan mengakui tidak lagi rapat seperti dahulu dan mula renggang sejak dia mula bercinta dengan suaminya, Adam Azriff.

Sudah hampir 10 tahun bersahabat baik, ramai yang tertanya-tanya tentang status hubungan antara Kaka Azraff dan Juliana Evans apabila kedua mereka dilihat memuatnaik berbaur sindiran antara satu sama lain menerusi laman sosial masing-masing.

Dalam pada itu, Kaka berkata dia tidak mahu memanjangkan kemelut tersebut serta tidak akan membuka aib sesiapa. Katanya lagi, dia tidak pernah melupakan jasa sesiapa di awal penglibatannya dalam industri seni tanah air, namun baginya semua itu adalah rezeki daripada Allah.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak akan aibkan orang sebab saya tak suka jaja cerita. Kalau dia terasa dengan posting saya sebelum ini, itu masalah hati mereka sendiri. Bagi saya, karier saya bermula disebabkan rezeki daripada Allah," ujarnya.

Terdahulu, menerusi InstaStory, Juliana dilihat meluahkan perasaan marah kepada seseorang. Ia seakan ditujukan untuk Kaka, berdasarkan foto yang dimuat naik iaitu wanita memakai beg biru di kepala seakan mirip dengan foto Kaka.

Juliana juga menganggap individu tersebut seperti sudah melupakan jasanya sehingga menggelar dirinya seorang kawan yang jahat.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Kaka Azraff & Juliana Evans


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: