"Sayang ku Arjuna... Tidak pernah lelah membesarkan kamu... Di usia begini,kamu di pilih DIA utk diberi ujian kerana DIA tau kamu kuat. Kamu pernah tanya, waktu itu umur kamu 6 tahun..'kenapa adik tak de daddy? Kawan adik kat sekolah semua ada daddy'.
"Berhati-hati mommy jawap supaya jawapan mommy adalah kekuatan dan semangat kamu sampai bila-bila. Sebab adik lebih special dari kawan-kawan adik. ALLAH sayang adik. ALLAH bagi adik kuat dari kecik lagi...special kan? 😌 Dia sengeh seronok. Cukup buat hati mommy menangis di dalam.
"Selamat ulang tahun sang Arjuna ku yang luar biasa. Tiada apa yg mommy harapkan.. cuma doa mommy, adik sentiasa di jagaNYA... terima kasih kerana hadir temani hidup mommy... terima kasih ALLAH kerana pinjam kan adik kpd ku...❤️," tulis pelakon Rita Rudaini panjang dan sayu di laman Instagram miliknya.
Memang sebak membaca apa yang ditulis oleh Rita untuk anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna yang menyambut ulang tahunnya hari ini. Pada satu entri video yang dimuat naik Rita ke Instagramnya, Rita menulis tentang anak keduanya itu. Menurut Rita lagi, tiada apa yang diharapkan selain mendoa agar anaknya itu di bawah jagaan Allah SWT.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rita Rudaini
________________________
No comments:
Post a Comment