21 April 2019
KENYATAAN DAI' WAN BERHUBUNG ISU CERAI PU ABU DITARBIAH NETIZEN
Banyak pihak menyuarakan rasa marah dengan tindakan zalim pencetus ummah, PU Abu yang menceraikan isteri demi untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu.
Turut mengulas isu tersebut, rakan pencetus ummah, Da'i Wan yang panjang lebar menjelaskan hukum hakam situasi berkenaan. Namun sedikit kenyataan Da'i Wan telah mengundang persoalan dan berang netizen.
Dalam kenyataan terbabit, Da'i Wan telah menyatakan bahawa menceraikan isteri yang sedang hamil adalah 'harus' dan sah disisi agama Islam. Dalam tweet yang sama, Da'i Wan turut 'mengajar' orang lain mengenai hukum bercerai.
Klik untuk gamabr besar
Kenyataan Da'i Wan itu telah mengundang rasa sedih seorang netizen yang menganggap hukum talak yang dilafazkan oleh PU Abu itu bukanlah isu utama, tetapi kewajaran tindakan PU Abu menceraikan isteri ketika hamil.
Mungkin kerana hubungan persahabatan yang terjalin membuatkan Da'i Wan sedikit 'bias' dalam memberikan kenyataan. Ada betulnya juga pendapat netizen dalam perkara ini, harap Da’i Wan lebih telus mengulas hal ini.
Jika anda mahu baca lebih lanjut tentan penjelasan Da'i Wan, boleh pergi ke akaun Twitter beliau. Banyak ulasan yang diberikan serta 'kelas percuma' buat para netizen mengenai hal ini.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Oh Bulan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment