21 April 2019
KEMALANGAN MOTOSIKAL - RIZ AMIN ALAMI KECEDERAAN
"Sepupu saya yang mengekori di belakang tidak sempat brek dan terus melanggar saya. Ia menyebabkan saya melambung sebelum terjatuh. Mujur tidak ada kereta dari belakang, jika tidak tentu keadaan saya lebih teruk.
"Mujur tiada sebarang keretakan tetapi doktor akan melakukan pemantauan berterusan pada bahagian kaki," demikian kata pelakon Riz Amin yang mengalami kecederaan di muka dan punggung selepas mengalami kemalangan motosikal di Setia Alam, Shah Alam, malam Khamis lalu.
Riz, 34, yang juga pelakon 'Polis Evo 2' berkata, ketika kejadian dia bersama sepupunya, Awis yang menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di sebuah restoran.
Menurutnya, ketika tiba di satu persimpangan, sebuah kereta tiba-tiba muncul dalam keadaan laju membuatkan dia terpaksa brek mengejut.
Klik untuk gambar besar
Kejadian itu menyebabkan mata kanannya bengkak dan mengalami cedera ringan di punggung. Selain itu, dia juga menjalani ujian sinaran-X.
Riz berkata, sepupunya juga turut mengalami kecederaan dan dia bersyukur mereka tidak mengalami kecederaan lebih serius.
Menurut Riz, ketika ini dia sedang menjalani penggambaran dan kebetulan kejadian berlaku ketika produksi berkenaan sedang berhenti menjalani penggambaran buat seketika.
"Buat masa ini, saya akan berehat hingga kecederaan itu sembuh. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya," tuturnya.
Terdahulu, Riz memuatnaik foto kecederaan dialaminya di laman Instagram dan menceritakan pengalamannya terbabit kemalangan motosikal.
"Saja nak cerita haha Pengalaman pahit lama x naik moto dok pusing2 area sini satu keta dah masuk simpang tekejut kita pun tekejut break cousin kat belakang pun tekejutla Apa lagi😂...
"Alhamduliah kami ok cedera ckit ja #budakbarunakbelajaq tapi harini dah ok mata pun x bengkak camtu dah hahahah😂," tulisnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Riz Amin
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment