18 April 2019
KINI SEDANG HAMIL - PAKAIAN MANDI JULIANA EVANS TERIMA TEGURAN
Baru-baru ini, pelakon Che Puan Juliana Evans dilihat kini sedang menikmati percutian bersama suami di Pulau Rendang, Terengganu dan berkongsi sekitar percutian mereka itu. Namun begitu, ramai pula yang tidak senang dengan gambar-gambar yang dikongsikan.
Menerusi Instagram milik Juliana atau lebih mesra disapa Jue itu, beliau telah berkongsikan gambarnya memakai pakaian mandi berwarna hitam putih. Namun ramai mendakwa pakaian dalam itu terlalu seksi untuk dipakai oleh seorang wanita Muslim.
Memang penuh ruangan komen Jue yang baru mengumumkan berita kehamilan baru-baru ini, dibanjiri peminat yang terkejut. Ada juga yang menasihati agar Jue memikirkan dosa pahala yang terpaksa ditanggung suami dengan membiarkan aurat terdedah.
Bagaimanapun, Jue tanpa menghiraukan komen pedas netizen, terus menikmati percutian mereka dengan memuat naik gambar bersama suami pula di pantai. Apapun selamat bercuti buat pasangan ini!
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Juliana Evans
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment