15 April 2019

LAN PET PET DIDENDA RM2,000 - PAK YA (PEGAWAL KESELAMATAN) TAK PUAS HATI


"Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?





"Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi," kata pengawal keselamatan Acacia Park Desa Jati, Yahya Manap, 68.

Yahya atau mesra disapa Pak Ya, meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mengenakan denda sebanyak RM2,000 keatas pelawak terkenal Lan Pet Pet kerana memukulnya pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu denda yang dikenakan keatas Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, itu kerana kecederaan yang dialaminya dalam kejadian tersebut agak teruk.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu keatas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta. Bagaimanapun, katanya, dia menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: