19 April 2019
LIYANA JASMAY TERUS DIKECAM - LISA SURIHANI KECEWA DENGAN NETIZEN
"Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar. Doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam yang lebih baik nampak di sini hanya sindiran dan perli memerli," tulis pelakon Lisa Surihani.
Isteri kepada Yusry Abdul Halim (KRU) itu meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang terus menghentam rakanya iaitu pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay kerana pernampilan muslimah yang didakwa sebagai hipokrit.
Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamad, 33, berkata nasihat yang diberikan netizen dilihat sebagai satu sindiran kepada Liyana. Lisa meninggalkan komen tersebut di ruangan Instagram milik Liyana pada malam Khamis.
Beberapa hari lalu, pelakon filem 'Kami The Movie' itu menimbulkan persoalan netizen apabila memuatnaik satu video hanya mengenakan topi sambil cuba menyorokkan rambutnya.
Klik untuk gambar besar
Liyana, 31, bagaimanapun sekali lagi memuatnaik sebuah video di Instagram memaparkan dia sekadar mengenakan selendang sehingga menampakkan sebahagian kecil rambut hadapannya semasa menghadiri sebuh pertunjukkan fesyen pada Khamis. Ekoran itu, netizen mula melabel penyanyi lagu 'Oh Na Na' itu sebagai hipokrit dalam menutup aurat.
"Nanti dah buka tudung jangan pula salahkan orang lain ye. Cermin diri dulu sebelum tuding jari ke arah orang lain, jangan jadi macam Emma. Dah mula tunjuk rambut, esok lusa tercabut terus. Dah akhir zaman ni makin berani plak anda ya? Jadi trend pula artis bukak tudung," ujar netizen.
Sementara itu, menerusi sebuah portal berita, Liyana yang mula bertudung pada Julai 2017 itu enggan menjawab soalan yang dirasakan bodoh darpada media berkaitan isu itu.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Liyana Jasmay & Betty Rahmad
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment