19 April 2019

TAK BERITAHU DOKTOR - ELYANA TERUJA KELUARGA SOKONG IMPIANNYA BUAT KONSERT


Mendedahkan dia tidak mendapatkan nasihat doktor sebelum merancang untuk mengadakan konsert sulungnya 'Jadi Diriku 19' yang bakal diadakan pada 6 Julai depan, penyanyi Elyana berkata dia juga terpaksa menunda rawatan kemoterapi kerana sudah lama mengimpikan untuk membuat konsert dan nekad dengan keputusan itu meskipun berdepan masalah kesihatan.





"Sejujurnya untuk konsert ini saya tak beritahu doktor lagi. Sebab pada konsert ini kebahagiaan saya. Kenapa saya tak nak buat? Takkan saya hanya nak ulang-alik hospital, duduk rumah... itu bukan hidup saya. Sebab saya dah menyanyi dari tingkatan satu. Jadi inilah kehidupan saya, yang saya tunggu selama ini," ujar Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31.

Bercerita mengenai keadaan kesihatannya, penyanyi lagu 'Tak Tercapai Akalmu' ini memberitahu kanser limfoma tahap 4 yang dihadapinya melanggar tulang belakang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sebelum menjalani rawatan radio terapi.

"Kanser dah langgar tulang belakang sehingga saya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Alhamdulillah selepas selesai radioterapi itu saya rasa semangat sebelum saya sakit itu datang balik. Kerana itu juga saya nak cepat-cepat buat konsert ini dan saya sangat berharap kesihatan saya dalam keadaan baik," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Elyana, dia berasa teruja apabila akhirnya impian untuk mengadakan konsert selepas 19 tahun mencipta nama dalam industri tempatan ini turut mendapat sokongan keluarga dan suami tercinta.

"Keluarga saya akan seronok jika lihat saya seronok. Mereka dah lihat zaman saya terkurung di rumah sahaja. Bila mereka dapat tahu impian saya nak buat konsert, mereka gembira. Suami individu pertama yang menyokong bila tahu saya nak buat konsert. Dia antara salah seorang yang membantu saya dalam menjayakan konsert ini.

"Ini tanda saya bekerja dengan penat lelah. Mereka yang merindui saya boleh tonton semula konsert ini jika ia direkod. Segala benda yang kita buat... kenalah abadikan ia sebagai memori. Begitu juga usaha saya selama 19 tahun bekerja keras," tuturnya.

Tambah Elyana, konsrt ini dibuat sebagai memberi semangat kepada mereka yang berdepan sama nasib sepertinya selain membuktikan ia bukan pengakhiran hidup. Katanya, penyakit yang dihadapi bukan penghalang kepadanya untuk melalui kehidupan seperti biasa.



"Saya paling tak boleh terima soalan orang tanya bila saya nak mati. Tapi tidak mengapa sebab dunia ini berputar. Saya nak buktikan sakit bukan pengakhiran hidup. Saya jadikan ia sebagai pengalaman yang mengajar saya," jelasnya.

Bercerita mengenai konsert itu, Elyana berkata dia bekerja keras untuk mendapatkan kekuatan diri termasuk bersukan untuk memastikan tahap kesihatannya berada pada tahap baik.

"Kalau ada sesuatu yang istimewa semestinya saya harapkan ia berjaya. Saya sendiri bersenam dan bekerja keras untuk dapatkan kekuatan diri saya seperti dulu. Saya sendiri bersenam dan bekerja keras untuk dapatkan kekuatan diri saya seperti dulu.



"Saya juga jaga makanan dan jaga diri sebab sistem imun saya pun sudah tidak berapa kuat. saya mudah berjangkit. Penat atau bertenaga, cantik atau buruk, pada konsert itu saya akan menjadi diri saya," katanya.

Dalam konsert itu, Elyana bakal mempersembahkan beberapa lagu hit seperti 'Niat', 'Diriku Tapak Sulaiman' dan 'Tak Tercapai Akalmu' selain membuat persembahan bersama beberapa penyanyi lain yang membantu menjayakan konsert sulungnya itu.

"Elyana Jadi Diriku 19 Live in Concert bakal diadakan pada 6 Julai 2019 bermula pukul 8.30 malam di Bentley Music Auditorium, Damansara.

Signifikan disebalik pemilihan tajuk Jadi Diriku ini sebagai simbolik kekuatan dirinya memerangi kanser manakala 19 merujuk kepada 19 tahun karier seninya dalam industri muzik tempatan.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: