19 April 2019

LANCAR 8 MALAM INI - HAFIZ SUIP BERCUMBU DALAM MV 'KISAH CINTA KITA'?


Klip video lagu 'Kisah Cinta Kita' yang akan dilancarkan secara rasmi menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula pukul 8 malam ini itu menjalani penggambaran di Pulau Redang, Terengganu. Penyanyi lagu berkenaan iaitu Hafiz Suip akan tampil berani bercumbu mesra dengan seorang wanita di tepi pantai dalam klip video tersebut.





Dalam klip video arahan pengarah Khairul Hazwan itu, Hafiz, 29, dilihat langsung tidak segan silu memberikan kucupan romantis terhadap wanita tersebut.

"Rata-rata peminat mempunyai terjemahan tersendiri dalam mendalami maksud sesebuah lagu. Apa yang kami cuba paparkan dalam klip video rasmi 'Kisah Cinta Kita' adalah penceritaan sebuah kisah cinta yang relevan dengan sesiapa pun," ujarnya.

'Kisah Cinta Kita' merupakan taruhan terbaharu Hafiz untuk lagu berentak balada dan klip video lirik lagu tersebut sudah pun menemui pendengar sejak 18 Februari lalu di YouTube. Setakat ini ia telah ditonton lebih 5.3 juta kali.

Single tersebut dipilih menjadi lagu tema untuk drama 'Dia Menantu Rahsia' lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose yang bersiaran di slot Akasia TV3. Drama itu menamatkan siarannya pada 7 Mac lalu.

'Kisah Cinta Kita' merupakan gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, sementara lirik pula ditulis oleh Datuk A. Aida yang merupakan penerbit drama Dia Menantu Rahsia. Lagu tersebut merupakan single pertama Hafiz di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Klik untuk gambar besar


Mengulas tentang keputusan untuk kembali mendendangkan irama balada selepas bereksperimentasi dengan lagu berentak rancak, Hafiz berkata, walaupun reaksi peminat ketika itu bercampur baur, namun berjaya menarik perhatian pendengar generasi baru.

"Sebagai lagu runut bunyi yang melatari drama 'Dia Menantu Rahsia', pastinya lagu 'Kisah Cinta Kita' ini tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan penceritaan visual dalam plot drama tersebut. Saya dan 'team' produksi cuba mengambil pendekatan yang lebih universal dalam video muzik rasmi 'Kisah Cinta Kita'.

"Apabila Nova Music menawarkan kepada saya untuk menyanyikan lagu ‘Kisah Cinta Kita’, saya ambil peluang ini untuk mengubati rindu peminat yang memang menantikan saya kembali menyanyikan lagu balada. Namun begitu, taruhan saya kali ini bukan sebarang lagu balada.

"Ia tetap menawarkan kelainan daripada lagu balada saya yang sebelumnya. Kalau dulu saya mungkin sinonim dengan lagu balada yang mendayu-dayu dengan unsur kesedihan, tetapi kali ini saya membawakan lagu pop balada yang penuh dengan rasa bahagia pula," katanya.

Baru-baru ini penyanyi Shiha Zikir mencetus kontroversi apabila didakwa menggunakan model separuh bogel dalam muzik video, 'Pipiyama'. Kali ini, penyanyi berstatus suami dan bapa itu tampil bernai pula.

Agaknya, memang sudah 'trend' sekarang mencetus kontroversi dalam muzik video untuk 'menarik' penonton ya? Tapi tak apa, sama-sama kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran dakwaan itu dan mengapa Hafiz berani serta sanggup melakonkan adegan mesra tersebut?


www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: