19 April 2019
"PAKAI SESUAI DENGAN ACARA... MEREKA LUPA SAYA MASIH MUDA" - AMELIA
Sering menjadi bualan ramai dan perhatian terutama kaum lelaki gara-gara selalu memuatnaik gambarnya yang berpakaian terdedah dan seksi di akaun Instagram miliknya, pelakon dan model, Amelia Henderson berkata, dia enggan hipokrit dengan dirinya dan mahu menjadi diri sendiri.
Pelakon drama 'Cinta Non Grata' memberitahu, meskipun dikecam teruk oleh netizen, dia berpendapat setiap pakaian yang digayakan serta gambar dimuatnaik adalah mengikut kesesuaian tempat dan acara dihadirinya.
"Ini kehidupan saya dan enggan menurut kemahuan orang lain. Setiap orang mempunyai pilihan dan berhak menentukan fesyen apa yang mahu digayakan. Saya kena hidup untuk diri saya dan ingin menjadi diri sendiri.
"Setiap manusia ada pilihan mereka tersendiri yang penting busana yang Amelia pakai sesuai dengan acara yang diadakan Saya memahami dan menghormati semua pihak, jadi akan bertindak mengikut kesesuaian tempat serta acara.
Klik untuk gambar besar
"Bagi saya, masing-masing mempunyai pilihan tersendiri. Apa yang penting, saya akan memakai busana secocok dengan keadaan sesebuah acara," ujarnya.
Kata Amelia lagi, dia enggan menurut kemahuan orang lain dan mahu menjadi diri sendiri kerana apa yang paling penting adalah kebahagiaannya sendiri.
"Ini adalah hidup saya dan saya bebas melakukan apa sahaja. Lagipun saya saya baru berusia 23 tahun, mungkin mereka lupa yang saya masih muda," katanya lagi.
Terdahulu, foto seksi Amelia dikecam teruk oleh netizen gara-gara memuat gambarnya mengenakan baju dalam berwarna ungu bagi memperomosikan jenama pakaian dalam antarabangsa.
www.myartis.com / Sumber: Forum Cari, Rotikaya & Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment