19 April 2019

MUDA 10 TAHUN - ELLY MAZLEIN AKUI SIKAP KEKASIH BUATNYA SANGAT DIHARGAI


"Kalau ikutkan usia, saya dan dia berbeza umur 10 tahun. Tetapi, istimewanya dia di mata saya kerana kematangan sikap. Saya lihat dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam hubungan kami dan kini sudah pun membuat perancangan hidup berkeluarga," katanya.





"Terus-terang, sikap matang dan ketulusan hatinya membuatkan saya rasa sangat dihargai oleh seorang lelaki," kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang memberitahu bapanya juga sangat rapat dengan lelaki berkenaan yang bekerja di sektor awam dan muda daripadanya.

Katanya, betapa seriusnya hubungan mereka dan keikhlasan itu ditunjukkan dengan persediaannya membeli rumah sendiri. Tutur Elly, 38, yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, dia membayangkan dirinya akan menamatkan status ibu tunggalnya pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah, perkara pertama yang saya nak lakukan selepas hubungan makin rapat adalah berjumpa keluarga masing-masing. Syukur, apa yang kami harapkan iaitu restu keluarga nampaknya diperoleh.

Klik untuk gambar besar


"Penerimaan keluarga kedua belah pihak sangat baik. Anak saya, Putri Sara Sefhia Azmi, 3, juga sangat rapat dan sayang dengan dia. Apatah lagi, Sefhia memanggilnya papa.

Elly bagaimanapun memberitahu semuanya masih dalam perancangan. Katanya, meskipun hati sudah dimiliki tetapi masih memerlukan ruang untuk saling mengenali di antara satu sama lain.

Ujarnya, keakraban anaknya Sefhia dengan lelaki itu juga akhirnya berjaya membuka hati untuk bercinta semula. Tambah pengacara 'Bintang Bersama Bintang 2019' (BBB 2019) di TV3, dia sebenarnya mengambil masa lama untuk membuat keputusan.

Berbicara mengenai karier seninya, Elly berkata, dia bersyukur kini rezekinya makin dimurahkan Allah SWT. Katanya, apa yang diperoleh itu adalah rezeki anak dan bapanya, malah dia kini gigih bekerja bagi menyara keluarga.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: