22 April 2019

MUATNAIK FOTO 'BUKA TUDUNG' - NETIZEN TERKEJUT, FATHIA LATIFF ALAMI DEPRESI?


Sejak kebelakangan ini, hidup pelakon Fathia Latiff tidak pasti apa yang sudah berlaku apabila baru-baru ini sekali lagi seakan 'sengaja' membiarkan dirinya terus dihimpit kontroversi, dikala beliau meminta maaf dan berharap agar orang ramai memberikannya peluang kedua untuk berubah.





Terbaru, kecoh di media sosial apabila Fathia menerusi akaun Instagramnya telah membuang semua gambar dan hanya memuatnaik foto tidak berhijab dan berambut pendek seperti lelaki dengan kapsyen: "The star is still bright even in the dark. 💋".

Ramai yang terkejut dan tertanya mengapa Fathia tiba-tiba tampil sebegitu. Ada yang mula spekulasi mungkinkah benar beliau mengalami depresi?

Apa-apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fathia, tidak mustahil beliau sedang berperang dengan diri sendiri menghadapi ujian serta dugaan yang berat.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: