11 April 2019

NETIZEN SEBAK TONTON PERKAHWINAN - FASHA & AIDIL 'HONEYMOON' BERSAMA KELUARGA


Nampaknya sehingga hari ini, kemeriahan hari bahagia pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz masih lagi menjadi bualan ramai. Rata-rata netizen gembira melihat kemesraan pasangan ini, jelas terpancar sinar cinta mereka yang hangat membara.





Baru-baru ini, Fasha ada berkongsi video majlis resepsi perkahwinannya dengan konsep ala kampung penuh adat tradisional Melayu di kampung halaman Aidil di Rembau, Negeri Sembilan.

"😢👰 Jutaan Penghargaan Buat @weddingsbyemma,D @alhaalfa & @rizmanruzaini. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam #aidilfasha," katanya.

Melihat entri yang lain pula, Fasha telah berkongsi foto dirinya bersama suami ber'honeymoon' tetapi bukan berdua sebaliknya bersama keluarga mereka.

"Siapa lagi sini seperti saya? Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba2 tukar plan, Honeymoon bawak family 😁 Sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama2 😊.

Klik untuk gambar besar


"Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon/ jalan2/dan tenangkan minda yang penat. Terima kasih Mr Simon dan seluruh team LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Tempat tinggal yang sangat selesa, makanan pun semua sedap2. Thank You!!! @lexishibiscus ❤️ Thank you Dickson Dragon Cruise 🚢 for the beautiful sunset view ❤️ #aidilfasha 📸 @badrulazhar_ #angkatbinichallenge #latergram #daniraiyanturns10," tulisnya.

Siapa sangka, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan menitiskan air mata kerana terasa sungguh syahdu melihat kebahagiaan Fasha dan Aidil.

Bila tonton video perkahwinan Fasha dan Aidil, memang dapat rasa kebahagiaan dan kasih sayang. Kami doakan semoga pasangan ini kekal sehingga ke syurga.

















www.myartis.com / Sumber, foto & video: Beautifulnar & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: