23 April 2019

"PENDAKWAH MUDA... JANGAN SESUKA HATI JATUH HUKUM SECARA TERBUKA" - IQRAM


"Pendakwah muda... jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka. Sebabnya, anak muda kita ini banyak belajar daripada media sosial, mereka tak belajar berguru secara bersemuka dan bahaya bila mereka ambil bulat-bulat isi tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan.





"Pelik dengan sikap mereka (pendakwah) yang suka menghentam seseorang secara terbuka, malah saya dapat tahu orang konon belajar agama tapi buat maksiat tipu orang sana sini... apa tu?," kata pelakon Iqram Dinzly yang menegur sikap segelintir pendakwah muda atau ustaz selebriti yang gemar menunding jari dan mencari kesilapan orang lain di laman sosial.

Menurut Iqram, 38, sebagai individu yang memiliki ilmu agama yang tinggi mereka seharusnya memberi penerangan sewajarnya mengenai sesuatu isu dan bukan menjatuhkan hukum sewenangnya. Dalam pada itu, pelakon drama 'Dunia Baru' itu berpendapat golongan pendakwah ini sepatutnya mendekati golongan 'pendosa' dan melihat peribadi mereka secara menyeluruh.

Klik untuk gambar besar


"Saya ambil contoh, sebelum ini seorang usahawan dan personaliti media sosial dihentam teruk kerana keterbukaannya dalam sesuatu perkara tapi hakikatnya dia seorang yang memiliki akhlak mulia, menjaga kedua ibu bapa dan buat kebajikan.

"Tapi kerana kesilapannya itu, dia dikritik teruk sedangkan dalam soal dosa ini saya rasa semua orang berbuat dosa, kita semua tak ada beza. Tiada manusia yang sempurna dan pasti ada buat salah dalam hidup, sebab itu saya rasa sebaiknya pendakwah muda ini cuba dekati mereka ini terlebih dahulu," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: