24 April 2019

PEMAIN BOLA SEPAK DISIFATKAN 'KAKI PEREMPUAN' - EYRA YAKIN TUNANG BAIK


"Apabila orang cakap begitu, saya tak takut pun. Saya sangat mengenali tunang saya dan dia lelaki yang bagaimana. Dia bukan kaki lepak. Selepas habis kerja, dia akan terus balik dan menghubungi ibunya atau saya menerusi FaceTime untuk bersembang.





"Itu sajalah yang dia selalu lakukan. Dia juga bukan seorang yang suka keluar untuk bersuka ria. Doakanlah yang baik-baik saja," kata pelakon Eyra Hazali, 20, yang tidak bimbang dengan tanggapan sesetengah orang yang menyifatkan segelintir pemain bola sepak dikatakan kaki perempuan.

Eyra yang juga tunang kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, 20, menegaskan dia amat mengenali bakal suaminya itu.

Pelakon drama 'Nur 2' itu berkata, dia akan melangsungkan pernikahan dengan Haziq yang juga pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu hujung tahun ini tetapi belum bersedia berkongsi tarikh.

Klik untuk gambar besar


Menurut Eyra yang mengikat pertunangan dengan Haziq pada 1 Disember lalu dalam satu majlis tertutup itu, persiapan untuk majlis itu hampir selesai, namun terpaksa dihentikan seketika atas faktor kerja.

"Persiapan sudah 60 peratus siap. Cuma sekarang kena berhenti sekejap sebab saya ada penggambaran sehingga hujung bulan Ogos nanti.

"Selepas itu, barulah kami akan sambung balik proses persiapan itu. Saya akan kongsikan tarikh juga. Cepat atau lambat kita tunggulah nanti," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Eyra Hazali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: