18 April 2019
PERNAMPILAN LIYANA JASMAY 'BERTOPI TANPA TUDUNG' DIKECAM
Pelakon Liyana Jasmay yang sudah hampir dua tahun mengenakan hijab iaitu bermula pada tahun 2017, baru-baru ini telah menerima kecaman selepas penampilannya menjadi perhatian ramai apabila dilihat tidak mengenakan tudung dan hanya memakai topi.
Di akaun Instagram miliknya, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan bertanyakan sama ada adakah benar bahawa pelakon itu tidak lagi bertudung.
Seperti sudah dijangka, ada segelintir netizen tidak mahu melepaskan peluang untuk meninggalkan komen negatif terhadapnya. Malah, ada mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.
Meskipun ramai yang mengecam, namun masih ramai peminatnya cuba memberikan teguran secara baik dan mendoakan agar pelakon itu terus istiqimah untuk terus berhijab. Terdahulu, Liyana pernah dikritik netizen kerana cara pamakaian hijabnya yang tidak menepati syarak.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Liyana Jasmay
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment