18 April 2019
"SEBAB TU MALAS KONGSI BENDA BAIK... MASIH ADA CARI KESALAHAN" - JANNA NICK
Kesal apabila video suara kemerduan seorang ustazah bertaranum yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya dikritik netizen berikutan gaya pemakaian selendang yang masih menampakkan rambutnya, pelakon Janna Nick berkata sikap netizen yang gemar mencari kesalahan membuat dia enggan berkongsi perkara-perkara baik.
Menerusi perkongsian itu, seorang individu menasihati agar seeloknya Janna memakai tudung dengan betul dengan menutup rambut sepenuhnya agar dapat menghormati majlis agama yang ingin dikongsikan.
Tidak lama kemudian, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 24, membalas kembali komen terbabit. Tulis Janna, netizen terlalu gemar mencari kesalahan artis biarpun mereka berkongsikan perkara baik seperti yang dilakukannya.
"Sebab tu kadang-kadang rasa malas nak kongsi benda baik-baik. Share kebaikan pun masih ada yang mencari kesalahan," katanya.
Klik untuk gambar besar
Pada komen yang sama, Janna sempat menjelaskan tujuan utamanya memuatnaik perkongsian itu adalah taranum dan bukan pemakaiannya. Pelakon 'Leftenan Zana' ini sempat menegur individu terbabit untuk melihat perkara lebih baik daripada mencari kesalahannya. Di ruangan komen pula ramai menyokong tindakan individu berkenaan menegur.
"Cuba faham point yang saya nak share dalam video ni. Saya cuma nak kongsi alunan suara ustazah. Itu la orang kata, pokok pangkal hati. Kalau hati tu bersih, Insya-Allah awak akan lebih memerhati keindahan darpada menghidu kebusukan," ujarnya.
Namun tidak kurang juga ramai yang mempertahankan kenyataan selebriti kesayangan mereka. Rasanya lebih manis jika Janna menutup aurat sebetulnya memandang apa yang dikongsikan adalah perkara baik.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment