17 April 2019
RAJA FARAH: "HUSBAND NAK BABY GIRL... MAMA BELUM BOLEH REST LAH GAYA NYE"
"Terasa hidup terlalu sempurna bila anak dah dua ni.. 😊 tapi... husband nak baby girl ni... Mama belum boleh rest lah Gaya nye.. 😁 —," demikian kata pelakon Raja Farah yang memberitahu suaminya, Iskandar Ismail masih mengimpikan zuriat perempuan dalam keluarga mereka.
Terasa hidupnya bagai sudah sempurna selepas baharu sahaja melahirkan anak keduanya pada 7 April lalu, bagi Farah, dua cahaya mata lelaki yang dimilikinya kini sudah cukup membahagiakannya.
Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Dalam entri yang sama, pelakon filem Aku Masih Dara itu turut berkongsi luahan perasannya mengenai anak pertamanya, Imran Iskandar. Menurut Farah, sejak anak keduanya lahir, Imran seolah-olah faham dan tahu membawa dirinya.
Klik untuk gambar besar
"Dah lama tak post gambar Abg.. kesian Abg Imran... nak manja2 dgn Mama, but in the same time Mama tgh breastfeed adik... But Imran has been a very good boy.. he is so independent now... cranky & tantrum seeking for attention tu mmg ada...
"Tapi most of the time, dia akan buat Hal sendiri je... Ya Allah..aku rasa bersyukur sangat dgn semua rezeki & kebahagian yg kau Kurnia kan ini...Alhamdulillah..," katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar segala urusan Farah dipermudahkan. Untuk makluman, Farah telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Iskandar Ismail pada September 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Imran Iskandar pada Ogos 2016.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Raja Farah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment