"Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah.. agama.. kasih sayang... meskipun byk kekurangan aku. Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya.

"Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa.. sedih.. hancur hati ini... hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia. Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku.
"Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah. Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya.. walaupun dia tinggalkan aku.. hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN.
Klik untuk gambar besar

"Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku.. "mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?". Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh.
"Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati... aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup.. aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini.
"Itu saja.. Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara. #hadiahisrakmikrajbuatku #anakakubekasbanduan," demikian luahan pelakon, penerbit dan pengarah, Erma Fatima yang dia berkongsi kisah anak ketiganya, Ahmad Aifin, 21, yang dihukum penjara pada Mei 2016 di laman sosial bukan untuk meraih simpati.

Erma sebaliknya berkata, perkongsian itu bertujuan memberi pengajaran kepada golongan belia mengenai realiti kehidupan. Jelas Erma, sebelum memuatnaik entri itu, dia meminta izin anaknya untuk berkongsi pengalaman yang dilalui mereka.
Menerusi entri yang sama, Erma mendedahkan, dia berdepan pelbagai dugaan sepanjang membesarkan anaknya itu. Erma mengakui hatinya hancur dengan apa yang berlaku, terutama selepas mendapat tahu anaknya ditangkap polis, seterusnya dipenjarakan.
Katanya lagi, dia tidak pernah melawat anaknya itu ketika di penjara disebabkan terlalu sedih, namun sebagai ibu, dia tetap menerima Aifin, meskipun kini bekas banduan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Erma Fatima
________________________

No comments:
Post a Comment