05 April 2019

8 FOTO BIRTHDAY MAWAR: DIKECAM SAMBUT KETIKA PANTANG - RAF JELASKAN


Menerima kecaman 'makcik bawang' gara-gara mengadakan majlis hari lahir isterinya, aktres Mawar Rashid ketika masih berpantang, pelakon Raf Yaakob tampil menjelaskan tentang perkara itu di laman Instagram miliknnya.





Menurut adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob, kejutan tersebut berlangsung di rumah iaitu kawasan 'hall' dan Mawar hanya keluar dari bilik.

"Cantik deco surprise birthday Mawar kan? Deco dari @surprise.dash memang terbaik. Gambar by @budak.tadika pun semua sweet2 je. Thank you guys! Nway, Raf dah baca semua comment2 di IG Raf dan Mawar.

"Ada yang puji dan ada yang keji. Biasa lah tu. Yes @mawarashid is still in pantang, next week nak masuk sebulan dah. Dan Raf buat surprise birthday dekat hall rumah je. So Mawar tak keluar rumah pun, keluar bilik je," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Tambah bapa kepada tiga cahaya mata itu, kerana sambutan tersebut, Mawar menerima amaran serta peringatan mengenai penampilannya pada hari tersebut.

"Banyak juga terbaca comment-comment bagi warning macam-macam, tak bole make up, tak boleh itu ini, kenapa tak pakai itu ini. Concern betul you alls ye, untung Mawar dapat peminat yang sangat caring. When you talk about pantang ni, actually it's all depends on cara hidup you.

"Do anything and everything that suits your life and your body. Because tak semua badan orang sama. Lifestyle and background orang pun semua lain2. What's good for you, might not be good to other people, vice versa. So take it easy," tulisnya lagi.

Tambah Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob menekankan sepanjang tempoh berpantang, Mawar telah dijaga rapi oleh ibunya, Marinee Abdullah bersama ibu mertuanya.



"Bagi Raf, bersedehana itu lebih baik. Meaning amik la cara tengah2. Traditional pun ye, modern pun ye. Don't be too strict and don’t overly cheat or mengelat masa dalam pantang. Mawar is in good hand. Her own mother @marinee_rashid yang jaga dia dalam pantang.

"Mummy Mawar ni dah beranak 9 kali dan semuanya secara normal. She's 58 now and look at her.... cantik dan awet muda gitu. She knows how to take care of Mawar, anak dia sendiri kan. And at the same time, my mum @rsd.umi pun sama2 jaga Mawar.

"My mum beranak 4 kali and she is 66 now. She's still super fit, sihat walafiat dan awet muda. Alhamdulillah. Yang jadi rosak pada dalaman or luaran badan seseorang itu adalah cara hidup nya. Kita ni baik lelaki atau perempuan, bila dah lagi berumur, lagi malas la jadinya nak exercise and jaga makan. Itu saja.



"So rajin2 la exercise and eat healthy. Insyaa’Allah semua ok dengan izin Allah Swt. Aamiin. So I just want to say that Mawar dalam pantang ni dijaga rapi oleh mummy nya dan my ibu. She is well taken care of by 2 experience mothers yang tahu A-Z tentang pantang. Mereka tahu apa yang terbaik untuk Mawar.

"Birthday celebration yang setahun sekali, IS FINE and TAK JADI APA PUN untuk ibu yang dalam pantang. Make life simple and be happy with your love ones," tulisnya sebagai kapsyen.

Untuk makluman, Raf dan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid bernikah pada 9 November 2017. Mawar baru saja melahirkan bayi lelaki, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Raf Yaakob & Mawar Rashid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: