05 April 2019

ISTERI RADHI OAG AKUI TAK TINGGAL SEBUMBUNG SEJAK 25 MAC LALU


Mengakui rumah tangga yang dibina lima tahun lalu kini sedang berdepan dengan masalah, isteri kepada vokalis OAG, Radhi iaitu Shahira Ayu Zahiri, 25 berkata, dia dan suaminya kini tinggal secara beransingan sejak 25 Mac lalu.





"Ya memang kami sudah tidak tinggal bersama sejak 25 Mac lalu atas keputusan masing-masing kerana ada berlaku salah faham. Tapi saya dah fikir masak-masak dan buat keputusan untuk tidak lagi bersamanya. Apa sebab dan punca tu, saya tak boleh nak kongsi.

"Ia terlalu peribadi dan saya harap semua pihak memahami dan mendoakan saja yang baik-baik. Mungkin Jodoh kami sampai di sini sahaja," kata Ayu.

Radhi mula memberi bayangan mengenai masalah rumah tangganya menerusi laman Instagram pada minggu lalu dan membuatkan ramai pihak tertanya-tanya tentang perkara itu.

Klik untuk gambar besar


Malah, menerusi laporan portal hiburan pada Rabu, Radhi turut mengakui dia dan mengakui dia dan isterinya membawa haluan masing-masing dan mencari ruang untuk tenangkan diri buat seketika.

Sementara itu, Ayu berkata, dia sudah membuat keputusannya untuk tidak meneruskan lagi perkahwinan yang dibina selama lima tahun atas sebab tertentu.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu dia dan dua orang anak mereka iaitu Nur Aisyah dan Muhammad kini tinggal di rumah ibunya yang terletak di Kota Damansara.



Kata Ayu, buat masa sekarang dia akan membawa dua orang anaknya bertemu Radhi atau suaminya itu akan datang ke rumah ibunya.

"Buat masa sekarang, saya dan anak-anak tinggal di rumah ibu. Waktu saya kerja, ibu yang akan jaga mereka berdua. Radhi pun kalau nak jumpa mereka, dia akan datang rumah ibu saya. Tapi ada masa, saya bawa juga anak-anak bertemu bapa mereka di rumah kami," ujarnya.

Untuk makluman, Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan mereka telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aishah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 14 tahun.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Radhi OAG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: